Friendship

Daisypath Friendship tickers

Weeding

Daisypath Anniversary tickers

Akma Sofia

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday 28 February 2013

Skrg n pia klu naik kete suke btui g tempat pilot.

N smua ayah pia lah ngaja...abis lah...

meh tgk gamba pia drive.


ibu nk g mn? pia drive ari n..



pakai tali pinggang keselamatan ibu...



byk lak kete ari n...



lap...nk masuk simpang umah wan...

hehehe...jgn lah ibu drive pia nk sibuk jgk ok..

Thursday 14 February 2013

PAP SMEAR


Minggu lps aku pergi bt ujian pap smear kat Klinik Kesihatan Kg Batu. Sblm nk bt 2 dh fikir mcm2…sakit x? Mcmn dia masuk kan benda 2…siap tanyer nurse sakit x. Nurse kater x..Tp dia bkn sakit..tp mcm senak sbb ade benda masuk kn ke dlm kiter punyer. Tp nurse 2 bgus sbb dia bt ngan cpt…so kawan2 yg nk g bt jgn lah takut.

Mari kita belajar pasal pap smear…
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
1.                Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
2.                Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
3.                Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
4.                Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
5.                Perokok
6.                Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik…mcm gamba kt bwh



Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Nurse xbg tau pn xbleh bt hubungan seks sblm 2…cume bg tau pakai skrit jer.



Wednesday 13 February 2013

Gigi Pertama Si Kecil



Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan Gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.
 

Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.


Air Berais Tidak Bahaya utk ibu mangandung




S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.

Jaja, Bentong, Pahang

J : Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.

Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.



dulu wak2 pregnant takut minum...asyik org kater baby besar...tp belasah jgk...

Style Pia Tido


Pas makan bt per pia? Kite tido..ye btui..hehehe..

Mari kite tgk gaya pia tido

First kna pakai kn puting dulu...

Main telinga bunny dulu...


pas2 belasah bunny kuat2..

pas2 tau2 dh tertido...


tp tido n bkn lm pn...kadang 15minit dh bgn...xsempat mau masak pia...

Tuesday 12 February 2013

Solid Food

Pia masuk jer umur 6 bln dia dh start makan. First mmg dia xnk makan...
mgk sbb wak2 2 dia demam tumbuh gigi..rs tekak xsedap lah 2..klu xsblm 2 
makanan org lain smua dia nak

Mula2 dulu mmg rajin masak asing2 lauk bubur nasi pia. Skrg n nk kejar masa g keje 
lg..ngan pia klu dh bgn nangis jer mintak amik dia...cubaan..pas2 kna dukung sblh tangan 
dia lg sblh bt keje...bg ddk dlm walker pn bising..nk tgk per kiter bt..nasib lah 
ibu kau dh gemuk..bleh dukung lama2 skrg n..so jadi nyer rebus kan skali smua makanan 
pia masuk satu bekas...senang. Finally packing g taska..


Asing kan mula2..konon bleh beku kan...


ibu masak sedap lah..;P


jgn kacau lah ibu...pia nk tgk tv n...



Skrg rasa best suap pia makan...sua jer bukak mulut...harap2 spai
besar dia nk makan

Thursday 7 February 2013

Al-Fatihah



Al-Fatihah bt Adik Ahmad Adam Syukri..

Perjalanan akhir adik adam


Ciuman terakhir dr ibu

Adam lahir secara vacuum pd 4/3/12 dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.scan mri pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk..adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.adam juga perlu bergantung pd mesin suction krn tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dlm rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan adam mengalami injured,begitu jg dgn telinga sblh kanan yg tidak dapat mendengar krn krosakan pd bhgian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan adam akn terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup spt kanak2 normal mmg amat tipis.doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak..

Sunday 3 February 2013

Bahaya tido dalam keadaan lampu menyala




Sumber dr http://www.facebook.com/Elaila.net


Sofia tido padam  lampu...sbb tido kat ruang tamu...lampu dapur pasang..

Klu tido dlm gelap nyamuk lak...mcmn..ermmm..

Souvenirs Vietman..


suwaibah http://suebaharuddin.blogspot.com/ br balik dr vietnam...

Tq souvenirs yg cik su bg...  


Saturday 2 February 2013

Sofia check up 6 bln

Ibu nak g mana n?


Pia check up 6bln ari 2 nasib baik dh xdemam…klu x, xbleh inject

Kali n ayah dia ade…bleh ayah dia pegang masa inject…xlarat den nk pegang time pia meronta.

Hasil pemeriksaan 6 bln:-

Berat : 8.4 kg
Panjang : 69 cm
Lilitan kepala : 44 cm
  
Pemeriksaan sblm n :-

Hari pertama

Berat : 3.06 kg
Panjang : 49 cm
Lilitan kepala : 33 cm

1 bln

Berat : 4.4 kg
Panjang : 54 cm
Lilitan kepala : 36 cm

2 bln

Berat : 5.8 kg
Panjang ; 59 cm
Lilitan kepala : 39 cm

3 bln

Berat : 6.9 kg
Panjang : 61 cm
Lilitan kepala : 40 cm

4 bln

Berat : 7.5 kg
Panjang : 63 cm
Lilitan kepala : 41 cm

5 bln

Berat : 8.1 kg
Panjang : 65 cm
Lilitaa kepala : 42 cm


ibu jahat xbg tau nk g inject...