“Cantik bawa mudarat?”
Pada 12 Oktober, 2012 satu artikel telah dikeluarkan dalam akhbar harian, membincangkan aksesori kepala bayi yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi. Menurut perunding pediatrik dan neonatalogi dalam artikel tersebut, tulang kepala bayi masih lembut terutama pada usia selepas lahir sehingga 18 bulan menyebabkan ia mudah tercedera. Antara perkara yang dibimbangi adalah keadaannya yang ketat, fabrik yang boleh menyebabkan elergi dan headband yang boleh jatuh ke leher dan tersangkut pada sesuatu. Bagi mengelakkannya, beberapa panduan memilih aksesori kepala diberikan. Kami kongsikan disini panduan tersebut bersama beberapa panduan tambahan:
Bahan buatan
• Cekak rambut dan headband: pastikan ia dibuat daripada fabrik kapas atau lembut dan tetap ditempatnya serta memenuhi fungsi mengelakkan rambut jatuh ke mata dan muka.
• Bahan tanpa toksik.
Hiasan pada aksesori
• Renda atau ropol yang keterlaluan menyebabkan bayi tidak selesa.
• Elakkan hiasan yang bergemerlapan (glitter), berbatu kecil atau mempunyai karekter kartun yang dibuat daripada plastik pada aksesori kepala.
• Bagi hiasan reben, pastikan ia daripada jenis yang berkualiti kerana ada reben yang mempunyai tepi yang tajam dan boleh mengakibatkan luka.
• Terbaik jika memilih aksesori ringkas tanpa hiasan untuk bayi.
Ciri aksesori
• Cekak rambut dan headband: pastikan elastik dan elakkan jenis reben kerana mudah jatuh ke leher.
• Klip rambut: pilih klip alligator yang perlu ditekan untuk membuka dan boleh ditutup ketat. Ia tidak mudah untuk lekang daripada rambut bayi.
• Getah ikat rambut: elakkan sama sekali kerana mudah tanggal pada rambut bayi yang halus dan lembut.
• Bow rambut: pastikan saiznya tidak terlalu kecil hingga boleh dimasukkan ke dalam mulut jika bayi dapat mencapainya.
• Elakkan aksesori yang menyakitkan pada rambut dan kulit kepala bayi ketika menggunakannya.
• Jika ragu-ragu tentang bahan plastik dan besi bagi klip dan bow rambut, pilihlah cekak atau headband kerana ia lebih selamat.
Pemakaian
• Jangan dipakaikan terlalu lama
• Buka aksesori kepala apabila bayi tidur atau apabila tiada pengawasan orang dewasa
• Pastikan aksesori yang dipilih berfungsi sepenuhnya dan cantik dipandang
Beberapa pilihan aksesori kepala bayi
Ketika membuat pilihan, ingatlah tabiat bayi yang suka menarik apa saja yang dirasakan tidak selesa pada rambut ataupun kepala dan suka memasukkan apa saja ke dalam mulut. Dengan peringatan ini dan panduan di atas, beberapa jenis aksesori kepala bayi yang boleh anda pilih untuk si comel termasuk:
Cekak dan headbands
Kedua-dua jenis aksesori ini sangat digemari kerana ia senang dipakaikan. Ia biasanya dibuat daripada bahan yang pelbagai bahan termasuk kain kapas, resin dan plastik. Yang terbaik adalah headband yang longgar dan muat-muat dengan selesa pada kepala bayi. Boleh juga jika anda buat sendiri menggunakan pantyhose. Gunting saja ia menjadikannya seperti ‘ring’ dan pakaikan pada bayi. Ia tidak ketat dan lembut pada kulit bayi. Jenis fabrik yang boleh dibalut pada kepala bayi adalah lebih selamat berbanding jenis elastik. Pilihan headband adalah terbaik sebagai aksesori kepala kerana biasanya ia terlalu besar untuk ditelan oleh bayi dan boleh dipadankan dengan baju mereka.
Klip rambut bayi
Klip rambut biasanya lebih berguna bagi rambut bayi yang sedikit panjang dan perlu untuk disisir ke belakang. Biasanya ia dibuat daripada besi dan plastik, maka elakkan pemakaian yang terlalu ketat pada rambut dan kepala bayi. Pastikan ianya mudah dibuka dan dikunci tanpa menyebabkan kesakitan. Cari klip rambut yang jika bayi menariknya, ia tidak mudah tanggal.
Topi dan serkup kepala
Topi dan serkup kepala juga boleh menjadi aksesori kepala bayi yang selamat dan memberi perlindungan kepada bayi daripada angin dan matahari. Pilihlah buatan daripada kain kapas atau bulu. Namun ia agak mencabar kerana bayi tidak gemar membiarkan topi atau serkup kepala berada lama di atas kepala mereka. Gunakan alat pengikat yang lembut dan selesa supaya tidak mengganggu bayi.
Pia skali jer pernah pakai headband...wak2 dia 1bln...tp 2 pn pia xsuke.
Ayah pia kate klu pia head band bulat sgt muka dia
Ibu please bukak kan |
Tapi klu topi memang slalu...
Say Cheese Darling |
Aksesori yg lain mmg xpernah try lg..tp pas n nk pilih aksesori kepala utk pia kna pilih btui2...lg senang xyah beli...jimat duit..hehehe..
hurmm sib baik x pakaikan cekak2 yang dasat2 tu
ReplyDeletepia pun ant tension serabut kepala dia
haah nasib baik...sbb aku pn mmg xsuke yg dasyat..siap ade bulu burung 2..hehehe..;P
Delete