Minggu lps aku pergi bt ujian pap smear kat Klinik Kesihatan Kg Batu. Sblm nk bt 2 dh
fikir mcm2…sakit x? Mcmn dia masuk kan
benda 2…siap tanyer nurse sakit x. Nurse kater x..Tp dia bkn sakit..tp mcm
senak sbb ade benda masuk kn ke dlm kiter punyer. Tp nurse 2 bgus sbb dia bt
ngan cpt…so kawan2 yg nk g bt jgn lah takut.
Mari kita belajar pasal pap
smear…
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan
kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti
boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser,
serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat
pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia
bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini
dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian
Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks
perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
1.
Mereka memulakan hubungan seks pada usia
< 18 tahun
2.
Mereka yang mempunyai pasangan seks
berbilang.
3.
Pasangan seks wanita tersebut atau suami
yang mempunyai ramai pasangan seks.
4.
Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman
HPV (agen penyebab kanser)
5.
Perokok
6.
Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak
melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear
dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan
speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar.
Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan
diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar
ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik…mcm gamba kt
bwh
Bilakah waktu yang sesuai
untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa
anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan
mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Nurse xbg tau pn xbleh bt hubungan seks sblm 2…cume bg tau pakai skrit jer.
anda sudah, saya bila lagi ? :P
ReplyDeletenext...;P
Delete